Assalamualaikum W.B.T..
Selalu di awal2 semester, 1st class berjumpa dgn students MT202 Food Microbiology Semester 2 ni, selain dari ice-breaking, saya mesti bagi persoalan ni dulu. Kenapa mesti Food Technologies? Kenapa mesti Food Microbiologist? Saja utk menguji nak tgk sejauh mana kefahaman diorg tentang kursus ini. Dan seboleh mungkin nak tarik minat diorg utk lebih suka dgn kursus ini.
Apa yg saya cerita kan lebih kurg camgini la. (contentnya sama ja tp kdg2 cara huraiannya sikit berbeza lah ye. Hehehe).. Dunia kita makin maju. Eh? Takyah la pikir jauh2, tgk la kat dlm Malaysia sudah.. Malaysia semakin pesat membangun.. Pelbagai jenis makanan boleh kita dpt dgn mudah di negara kita ni kan? Negara kita mmg sgt mewah dgn makanan. Bila terlalu byk mknn, possibility nak membazir tu sgt tggi. Makanan dgn mudah dibuang cmtu saja. Ada juga trend skrg yg dah beralih kepada makanan yg lebih sihat pada tubuh bdn. So, berlaku pembaziran lagi. Lambakan makanan dibuang cmtu saja.Tetapi kita tak pikir ke depan. Cuba bygkan 30, 40 tahun lagi. Pada masa tu, penduduk Malaysia akan makin bertambah. Rumah, bangunan akan dibina. Tanah akan makin berkurang. Dan pada masa tu, tanaman pun akan makin berkurang, sekaligus makanan kita pun akan semakin kurang. Apa akan jadi pada masa tu? Semuanya kesan pada tindakan kita skrg kan?
TETAPI, mcm mana kita nak ubah semua ni? Haaaa..sebab tu lah, kita ada FOOD TECHNOLOGIST, sbb tu lah kita ada FOOD MICROBIOLOGIST, sebabnya... kita kena belajar mcm mana nak panjangkan jangka hayat makanan, kita kena belajar mcm mana nak pastikan makanan lambat rosak. Mcm mana kita nak panjangkan jangka hayat makanan? Sbb tu lah kita kena belajar Food Microbiology, nak panjangkan jangka hayat makanan, kita kena tau apa yang merosakkannya. Kena tau apa faktor yg menyebabkan makanan cepat rosak, kena tau suhu simpan yg sesuai, kena tau teknik/proses yg sesuai utk jenis mknn yg berbeza. Nak tau kena la belajar dan fokus dgn baik dlm kelas kan. Kalu takde Food Technologist, takde Food Microbiologist, apa akan jadi pada kita pada masa depan?Kan? Kan?
Lagipun belajar Food Microbiology ni best apa.. Kita hebat tau! Cuba tgk satu contoh. Balik rumah masa cuti semester nanti, cuba biarkan biskut atas meja. Apa jadi? (pada masa ni ramai la yg jawab biskut kena hurung semut. Hehehehe..Okayla..tapi kena belajar byk lagi). Kalu mak kita, dia akan kata biskut tu "masuk angin". Betul ke tak? Tapi sebenar2nya, biskut itu bukan masuk angin, tapi air di persekitaran kita yg akan masuk ke dalam biskut tu. So, bila kita belajar semua ni, kita lebih tau apa yg jd pada bskut tu, dan apa yg akan jd jika kita biarkan bskut yg lemau tu beberapa lama lagi. Hebat kan kita? Kita tau apa yg org lain taktau. So.. bersyukurlah kita ada di dlm bidang ini, belajar sesuatu yg org lain tak nmpk, dan belajar sesuatu yg sgt2 penting demi kesejahteraan semua org kerana smua org perlu makan utk hidup. ;)) Okay? selamat belajar semua! Assalamualaikum..
No comments:
Post a Comment