Belog Puan Nas

An Educator, Researcher, Food Technologist, Food Microbiologist, Lab Assistant, Science Officer. The truth is..... I am just a TEACHER! But i do all of the tasks listed.

Sunday, December 16, 2012

MPN Method in Dairy Product

One of the method to count viable cell is namely as MPN method. MPN is an efficient method; it could be implemented by multiple-tube lactose fermentation technique. In this method, there is three-stage procedure. The positive result is based on the gas produce inside the Durham Tube and the colour changes. MPN could be implemented by using 3 tubes or 5 tubes in one series. MPN result will help to estimate number of cell in the sample by using standard MPN table. The three stages -- the dilution stage, presumptive stage and confirmation stage are briefly summarized below. (For the analysis to be accurate, three tubes are required.)

Click the link to download the lab manual on MPN method EXPERIMENT3MPN

This is how students in practical did their lab on MPN method. 
1) Determine the steps done in this lab.
2) List some errors being made them.


Click the links below to download the video. 
video MPN method in standard 
Video MPN Method (portable device standard such tablet and smartphone) 

  

Monday, October 15, 2012

Microwave

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Setelah sekian lama blog tidak diupdate, malam ini tergerak la pulak hati nak berkongsi sikit ilmu yg ada. Apakah konsep sebenar bagaimana Microwave membuatkan makanan kita menjadi panas dan masak. Maybe ada ramai yg dah tahu, tapi maybe jugak ada yang masih tersilap konsep mengenai microwave ini.

Masa saya kecik dulu pun saya percaya yang microwave membuatkan makanan jadi panas dan masak disebabkan oleh haba panas yang dihasilkan dalam microwave tu setelah kita menghidupkan suis. Itu apa yang saya percaya dan saya pegang sehinggalah saya menyambungkan pengajian dalam bidang Sains & Teknologi Makanan di UPM.

Apa yang sebenar-benarnya berlaku....

1. Apabila suis elektrik dihidupkan...tenaga elektrik akan mengalir masuk ke dalam microwave dan akan bertindakbalas dengan medan magnet yg berada di dalam microwave itu. (medan magnet ni dihasilkan oleh plat di dalam microwave).

2. Tindakbalas elektrik dan medan magnet itu menghasilkan satu gelombang yang dipanggil "Gelombang Mikro" (Gelombang=wave, mikro=micro, so dapatlah perkataan microwave)

3. Apabila makanan (contoh ayam la mudah..) dimasukkan ke dalam mikrowave, ayam itu akan menyerap gelombang mikro tadi. Di dalam ayam terdapatnya molekul-molekul air ye.. Molekul-molekul air ini akan bergetar dan bergesel antara satu sama lain. (disebabkan molekul air dalam pepejal berkedudukan rapat-rapat, so ia akan bergesel jika ia bergetar)

4. Bila molekul-molekul air ini bergesel, lama-kelamaan haba akan terhasil (sama konsep macam kita gosokkan kedua tapak tangan kita selama beberapa saat, kita akan rasa panas)

5. Soo..haba yang terhasil dari pergeseran dan getaran ini lah sebenarnya akan membuatkan ayam kita panas dan masak.....

6. Dari segi konsep mikrobiologi pulak, apabila ayam dah jadi panas dan masak, banyak la mikroorganisma yang mati disebabkan suhu panas itu....

Mudah je kan? Ini lah antara point2 penting yg saya selalu tekankan pada pelajar2 saya waktu sesi pengajaran topik ini. Walaupun saya bersungguh mengajar, menerangkan dan meng'illustrasi'kan di depan whiteboard...masih ada lagi pelajar2 saya yang tak dapat pun menjawab soalan ini di dalam kertas test..

Mana silapnya..Wallahualam..saya hanya manusia lemah..mungkin banyak kekurangannya dalam cuba memahamkan manusia lain. Dan mungkin juga ada bnyak kesilapan di dalam penerangan saya di atas. ;))

Tuesday, July 31, 2012

Small World

Assalamualaikum...
Jom sama2 tengok hidupan2 yg sgt kecil yg kita tak dapat nak tengok dgn mata kasar ni. Ini adalah contoh hidupan2 yg ada dalam air tasik. Cuba perhatikan cara 'diorang' (betul ke istilah ni? hehe) bergerak, cara makan dan rupabentuk hidupan2 ini. Unik kan?

MasyaAllah, indahnya ciptaan Allah S.W.T, setiap hidupan di dunia ini semuanya ada peranan masing2, jom sama2 kita hayati dan belajar tentang setiap benda hidup yg ada di muka bumi ini supaya kita lebih mensyukuri nikmatnya....

Video ini ehsan dari Youtube saja.. Selamat menonton..;)) Assalamualaikum..

Monday, July 30, 2012

Kenapa Food Technologist??

Assalamualaikum W.B.T..

Selalu di awal2 semester, 1st class berjumpa dgn students MT202 Food Microbiology Semester 2 ni, selain dari ice-breaking, saya mesti bagi persoalan ni dulu. Kenapa mesti Food Technologies? Kenapa mesti Food Microbiologist? Saja utk menguji nak tgk sejauh mana kefahaman diorg tentang kursus ini. Dan seboleh mungkin nak tarik minat diorg utk lebih suka dgn kursus ini.

Apa yg saya cerita kan lebih kurg camgini la. (contentnya sama ja tp kdg2 cara huraiannya sikit berbeza lah ye. Hehehe).. Dunia kita makin maju. Eh? Takyah la pikir jauh2, tgk la kat dlm Malaysia sudah.. Malaysia semakin pesat membangun.. Pelbagai jenis makanan boleh kita dpt dgn mudah di negara kita ni kan? Negara kita mmg sgt mewah dgn makanan. Bila terlalu byk mknn, possibility nak membazir tu sgt tggi. Makanan dgn mudah dibuang cmtu saja. Ada juga trend skrg yg dah beralih kepada makanan yg lebih sihat pada tubuh bdn. So, berlaku pembaziran lagi. Lambakan makanan dibuang cmtu saja.Tetapi kita tak pikir ke depan. Cuba bygkan 30, 40 tahun lagi. Pada masa tu, penduduk Malaysia akan makin bertambah. Rumah, bangunan akan dibina. Tanah akan makin berkurang. Dan pada masa tu, tanaman pun akan makin berkurang, sekaligus makanan kita pun akan semakin kurang. Apa akan jadi pada masa tu? Semuanya kesan pada tindakan kita skrg kan?

TETAPI, mcm mana kita nak ubah semua ni? Haaaa..sebab tu lah, kita ada FOOD TECHNOLOGIST, sbb tu lah kita ada FOOD MICROBIOLOGIST, sebabnya... kita kena belajar mcm mana nak panjangkan jangka hayat makanan, kita kena belajar mcm mana nak pastikan makanan lambat rosak. Mcm mana kita nak panjangkan jangka hayat makanan? Sbb tu lah kita kena belajar Food Microbiology, nak panjangkan jangka hayat makanan, kita kena tau apa yang merosakkannya. Kena tau apa faktor yg menyebabkan makanan cepat rosak, kena tau suhu simpan yg sesuai, kena tau teknik/proses yg sesuai utk jenis mknn yg berbeza. Nak tau kena la belajar dan fokus dgn baik dlm kelas kan. Kalu takde Food Technologist, takde Food Microbiologist, apa akan jadi pada kita pada masa depan?Kan? Kan?

Lagipun belajar Food Microbiology ni best apa.. Kita hebat tau! Cuba tgk satu contoh. Balik rumah masa cuti semester nanti, cuba biarkan biskut atas meja. Apa jadi? (pada masa ni ramai la yg jawab biskut kena hurung semut. Hehehehe..Okayla..tapi kena belajar byk lagi). Kalu mak kita, dia akan kata biskut tu "masuk angin". Betul ke tak? Tapi sebenar2nya, biskut itu bukan masuk angin, tapi air di persekitaran kita yg akan masuk ke dalam biskut tu. So, bila kita belajar semua ni, kita lebih tau apa yg jd pada bskut tu, dan apa yg akan jd jika kita biarkan bskut yg lemau tu beberapa lama lagi. Hebat kan kita? Kita tau apa yg org lain taktau. So.. bersyukurlah kita ada di dlm bidang ini, belajar sesuatu yg org lain tak nmpk, dan belajar sesuatu yg sgt2 penting demi kesejahteraan semua org kerana smua org perlu makan utk hidup. ;)) Okay? selamat belajar semua! Assalamualaikum..

Wednesday, June 27, 2012

1st Entry

Assalamualaikum...
Testing 1,2,3. ;)
Ini adalah cubaan mengadakan blog kedua saya. Tujuan blog ni diadakan, khas untuk upload notes, video, soalan latihan P & P untuk pelajar2 saya. Cubaan ye.. Kita tgk apa jadi nnt. Wish me luck k!