Belog Puan Nas

An Educator, Researcher, Food Technologist, Food Microbiologist, Lab Assistant, Science Officer. The truth is..... I am just a TEACHER! But i do all of the tasks listed.

Thursday, August 28, 2014

Web 2.0

Assalamualaikum
Salam Jumaat ;)

Bersiaran dari Makmal Komputer, berkursus 2 hari kat sini

Sesaja nak share perisian Web 2.0 yang boleh digunakan kawan2 pendidik

Byk perisian2 yg lebih menarik dan interaktif utk digunakan di dalam menarik minat pelajar2

Okay, ni saya listkan sikit....

1. www.prezi.com
2. www.blendspace.com
3. www.powtoon.com
4. www.padlet.com
5. www.voicethread.com

dan untuk sediakan soalan kuiz.. boleh juga cuba www.socrative.com

Saya pun dalam proses mencuba dan belajar. So.. jom sama2 guna. Selamat belajar

Thursday, July 3, 2014

Pathogens

Assalamualaikum

Update sat dari office

Sebelum terlupa nak share kat sini

Ini share dari fb page Kementerian Kesihatan Malaysia

Nak educate komuniti utk kenal bakteria yang menyebabkan keracunan makanan

Istilah dalam Food Microbiology adalah Pathogens.

Pathogens - microorganisms that harmful, cause diseases and infectious to a healthy human

So. Jom tengok pic yg menarik ni. ;))



Thursday, May 15, 2014

Bacillus cereus Gastroenteritis

Assalamualaikum

Hai..this is some extra info on Food borne disease caused by Bacillus cereus. happy reading guys!!

Click Here <---- please click here ;)

Thursday, October 3, 2013

Kes Keracunan Makanan di Kedah

Sumber Bernama, dicopy dari mStar Online:-
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Ayam Dicemari Bakteria Punca Keracunan Makanan 
 
SUNGAI PETANI: Hidangan ayam masak merah yang dihidangkan dalam kenduri kahwin di Kampung Huma, Tanjung Dawai dekat sini Sabtu lepas dicemari bakteria Salmonella, menyebabkan empat kematian dan ratusan lagi keracunan makanan setakat ini.
Pengarah Jabatan Kesihatan Kedah Dr Ismail Abu Taat berkata bakteria itu ditemui di dalam spesimen hasil bedah siasat ke atas mangsa dan sampel yang diperoleh dari tempat kejadian.
Siasatan awal mendapati ayam yang diguna untuk majlis perkahwinan itu tidak disimpan dengan baik dan dibiar pada suhu bilik selama semalaman, sebelum dimasak pada hari kenduri, katanya dalam sidang media di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), di sini petang Selasa.
Katanya berdasarkan keterangan tuan rumah, kira-kira 130 ekor ayam dibeli pada Jumaat dan digoreng sebelum disimpan di dalam sebuah bilik pada suhu biasa.
"Ini menyebabkan ayam tersebut dicemari dan dijangkiti bakteria Salmonella. Ayam itu berbau bila hendak dimasak keesokan harinya, tetapi tuan rumah mahu memasak kerana bimbang makanan untuk tetamu tidak mencukupi," katanya.
Beliau berkata mangsa yang makan makanan tercemar itu tidak mengalami simptom keracunan pada kadar segera sebaliknya bakteria Salmonella hanya meragam selepas lebih 12 jam sebelum menjadi keracunan, menyebabkan mangsa mengalami cirit-birit, loya, muntah, perut memulas dan kehilangan air dalam badan secara teruk.
Katanya setakat ini 200 mangsa telah mendapatkan rawatan di hospital berdekatan sekitar daerah ini dan daripada jumlah itu 127 pesakit mendapatkan rawatan di HSAH dengan 38 dimasukkan ke wad untuk rawatan lanjut.
Beliau berkata 127 lagi pesakit mendapatkan rawatan di Hospital Yan dengan 62 orang ditahan untuk rawatan lanjut dan selebihnya dibenar pulang selepas mendapat rawatan.
Dr Ismail berkata seorang pesakit lelaki berusia 58 tahun kini berada dalam keadaan kritikal dan dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) HSAH.
"18 kes pesakit dirujuk ke Hospital Sik dan Baling ekoran keadaan Hospital Yan tidak mampu menampung jumlah pesakit yang ramai. Saya nasihatkan mangsa yang mempunyai simptom keracunan makanan selepas makan kenduri di rumah tersebut agar tampil mendapatkan rawatan segera.
"Saya berharap pengendali makanan untuk kenduri menyimpan makanan atau bahan mentah secara betul dan menitik berat aspek keselamatan makanan agar perkara sama tidak berulang," katanya.
Pada Isnin, tiga mangsa keracunan makanan meninggal dunia selepas menghadiri satu majlis kenduri kahwin itu manakala hari ini seorang lagi meninggal dunia.
Mereka ialah pelajar Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Gombak, Nurshazana Mohd Rashid, 24, dari Kampung Tempoyak, Bedong, yang meninggal dunia kira-kira pukul 12.45 tengah hari semalam dan Mohammad Nor Rahmad Yusof, 11, dari Kampung Singkir Laut, Yan meninggal dunia kira-kira 1 petang.
Seorang lagi mangsa Ibrahim Mohamad, 62, berasal dari Alor Jejawi, Kuala Besut, Terengganu, meninggal dunia di HSAH kira-kira pukul 6.30 petang semalam.
Hari ini, Wan Razali Yaakob, 56, dari Kampung Banggol Belau, Merbok disahkan meninggal dunia pukul 7.15 malam selepas dimasukkan ke ICU HSAH pagi semalam. - BERNAMA

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Satu Malaysia kecoh pasal kes keracunan makanan yang berlaku selepas makan kenduri di Yan, Kedah. Ramai juga yang membuat andaian, yang menuduh, yang menyalahkan, dan juga yang bercerita sana sini tentang punca, bagaimana keracunan makanan ini terjadi. Selepas siasatan dibuat, bakteria yang menyebabkan keracunan makanan ini terjadi adalah Salmonella. Kebetulan juga, kes ini terjadi betul2 ngam dengan silibus mengajar saya semester ni. Minggu yang sama pelajar saya perlu buat presentation mengenai Food Poisoning yang disebabkan oleh beberapa jenis bakteria berbahaya termasuklah Salmonella ini. So hari ni, saya nak share sikit apa itu Salmonella, penyakit keracunan makanan yang disebabkan oleh Salmonella, simptom2 keracunan, sumber makanan atau makanan pembawa yang membawa Salmonella ni dan juga langkah-langkah pencegahannya.

Salmonella adalah sejenis bakteria yang boleh menyebabkan keracunan makanan pada manusia. Salmonella banyak dijumpai pada haiwan berdarah panas dan juga di persekitaran. Nama penyakit yang disebabkan oleh Salmonella adalah SALMONELLOSIS. Biasanya orang dewasa akan mendapat penyakit ini apabila memakan makanan yang mengandungi kandungan Salmonella yang tinggi. Antara makanan pembawa yang membawa Salmonella adalah ayam, itik, telur dan produk tenusu. Simptom2 penyakit ini hanya akan timbul selepas 12-72 jam dari tempoh kita makan makanan tersebut. Antara simptom2 nya adalah:-

a) Cirit birit (boleh menyebabkan dehydration atau kurang air dalam badan)
b) Muntah
c) Demam
d) kekejangan Perut

Kebiasaannya pesakit tidak memerlukan antibiotik jika sistem imun badan adalah tinggi. Sangat berisiko bagi kanak-kanak, orang tua, bayi yang mempunyai sistem imunisasi yang rendah. Walaubagaimanapun risiko kematian adalah tinggi jika berlarutan dan tidak dirawat. 
 
Bagaimana nak mencegah?
 
1. Sentiasa memastikan makanan mentah dibersihkan dan disimpan dengan baik pada suhu yang sesuai (biasanya suhu sejuk) sebelum dimasak.
2. Asingkan peralatan yang digunakan untuk bahan mentah dan bahan lain untuk mengelakkan pencemaran silang.
3. Pastikan makanan dimasak dengan sempurna iaitu suhu mencecah 75 darjah celsius selama sekurang-kurangnya 10 min untuk memastikan Salmonella ini mati. 
4. Pastikan makanan yang telah dimasak, disimpan pada suhu dan keadaan penyimpanan yang sesuai. Simpan pada suhu sejuk adalah lebih baik dan dalam bekas tertutup. 
5. Jika makanan perlu disediakan awal sebelum majlis, pastikan makanan sentiasa dipanaskan dengan sempurna dan kekal panas sehingga masa makan. 
 
So, dengan terjadinya kes seperti ni..bukanlah untuk menuding jari atau menyalahkan sesiapa. Tapi sebagai peringatan dan panduan pada semua untuk lebih berhati-hati dan menitikberatkan kebersihan dan keselamatan sewaktu menyediakan makanan. Terutama sekali yang melibatkan penyediaan makanan dalam jumlah yang besar. Kerana dengan sikit kesilapan dan kelalaian boleh membahayakan nyawa manusia. Jadikan amalan kebersihan sebagai cara hidup kita. 
 



Monday, March 18, 2013

E-Book For Food Microbiology

 Assalamualaikum,

You may refer to the link given to assess e-book for Food Microbiology. There are two main reference books that i use.



Both are very useful for students or lecturers and those books are the most complete, details but in a easier way to understand.. The practical book is suggested by Dr. Norrakiah from UKM, Bangi. 

Hope it will help u guys.

Tuesday, March 12, 2013

CIDOS e-learning

Assalamualaikum dan salam sejahtera..


Untuk memudahkan P&P dan komunikasi di antara pensyarah dan pelajar, selain dari platform media sosial seperti blog, facebook, twitter..kita ada juga ye disediakan CIDOS LMS utk e-learning.. So, saya akan cuba update untuk kegunaan dan kemudahan kita bersama. Selain daripada kita guna platform yang memang disediakan khas untuk pensyarah dan pelajar politeknik seluruh Malaysia ini, kita juga boleh capai bilangan hits yang telah ditetapkan di dalam KPI politeknik.

So, disertakan link jugak ye untuk awak semua. Harap rajin2kan la diri untuk log in dan buat aktiviti di dalam CIDOS ye. Harap ianya membantu..;))


Rajinlah Lawat Sini Ye.. ;))

Sunday, December 16, 2012

MPN Method in Dairy Product

One of the method to count viable cell is namely as MPN method. MPN is an efficient method; it could be implemented by multiple-tube lactose fermentation technique. In this method, there is three-stage procedure. The positive result is based on the gas produce inside the Durham Tube and the colour changes. MPN could be implemented by using 3 tubes or 5 tubes in one series. MPN result will help to estimate number of cell in the sample by using standard MPN table. The three stages -- the dilution stage, presumptive stage and confirmation stage are briefly summarized below. (For the analysis to be accurate, three tubes are required.)

Click the link to download the lab manual on MPN method EXPERIMENT3MPN

This is how students in practical did their lab on MPN method. 
1) Determine the steps done in this lab.
2) List some errors being made them.


Click the links below to download the video. 
video MPN method in standard 
Video MPN Method (portable device standard such tablet and smartphone) 

  

Monday, October 15, 2012

Microwave

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Setelah sekian lama blog tidak diupdate, malam ini tergerak la pulak hati nak berkongsi sikit ilmu yg ada. Apakah konsep sebenar bagaimana Microwave membuatkan makanan kita menjadi panas dan masak. Maybe ada ramai yg dah tahu, tapi maybe jugak ada yang masih tersilap konsep mengenai microwave ini.

Masa saya kecik dulu pun saya percaya yang microwave membuatkan makanan jadi panas dan masak disebabkan oleh haba panas yang dihasilkan dalam microwave tu setelah kita menghidupkan suis. Itu apa yang saya percaya dan saya pegang sehinggalah saya menyambungkan pengajian dalam bidang Sains & Teknologi Makanan di UPM.

Apa yang sebenar-benarnya berlaku....

1. Apabila suis elektrik dihidupkan...tenaga elektrik akan mengalir masuk ke dalam microwave dan akan bertindakbalas dengan medan magnet yg berada di dalam microwave itu. (medan magnet ni dihasilkan oleh plat di dalam microwave).

2. Tindakbalas elektrik dan medan magnet itu menghasilkan satu gelombang yang dipanggil "Gelombang Mikro" (Gelombang=wave, mikro=micro, so dapatlah perkataan microwave)

3. Apabila makanan (contoh ayam la mudah..) dimasukkan ke dalam mikrowave, ayam itu akan menyerap gelombang mikro tadi. Di dalam ayam terdapatnya molekul-molekul air ye.. Molekul-molekul air ini akan bergetar dan bergesel antara satu sama lain. (disebabkan molekul air dalam pepejal berkedudukan rapat-rapat, so ia akan bergesel jika ia bergetar)

4. Bila molekul-molekul air ini bergesel, lama-kelamaan haba akan terhasil (sama konsep macam kita gosokkan kedua tapak tangan kita selama beberapa saat, kita akan rasa panas)

5. Soo..haba yang terhasil dari pergeseran dan getaran ini lah sebenarnya akan membuatkan ayam kita panas dan masak.....

6. Dari segi konsep mikrobiologi pulak, apabila ayam dah jadi panas dan masak, banyak la mikroorganisma yang mati disebabkan suhu panas itu....

Mudah je kan? Ini lah antara point2 penting yg saya selalu tekankan pada pelajar2 saya waktu sesi pengajaran topik ini. Walaupun saya bersungguh mengajar, menerangkan dan meng'illustrasi'kan di depan whiteboard...masih ada lagi pelajar2 saya yang tak dapat pun menjawab soalan ini di dalam kertas test..

Mana silapnya..Wallahualam..saya hanya manusia lemah..mungkin banyak kekurangannya dalam cuba memahamkan manusia lain. Dan mungkin juga ada bnyak kesilapan di dalam penerangan saya di atas. ;))